KEDAI BACKING TRACK

Ada dikalangan anda menggunakan lagu tertentu mungkin sebagai set induksi pengajaran di sekolah, mungkin untuk backup sound persembahan bagi band yang tak cukup line up, lagu karaoke atau lagu sekolah anda mempunyai kualiti bunyi yang teruk, atau mungkin memerlukan lagu minus-one (karaoke), tetapi tak jumpa jumpa? Hey, cuba hubungi saya! Saya buatkan satu untuk anda.


Ok ok ok... aku tau benda backing track ni boleh cari percuma je. Aku pun ada buatkan free, klik sini.

Tapi memandangkan ada juga lagu-lagu yang rare susah nak dapat, aku boleh tolong buatkan supaya dapat bantu korang berlatih. Tapi memandangkan kehidupan sekarang tak macam dulu, aku rasa ini je la bisnes ringan yang boleh aku buat dengan ikhlas utk tanggung anak bini aku.

Try being part of problem solver. Try to full fill your need.

Jadi, aku tawarkan untuk tolong buatkan backingtrack. Khususnya untuk pemuzik amatur.

Upah aku letak RM10  je satu tiap backing track yang korang order. Instrumen basic je la. Drum, bass dan kalau perlu string atau piano. fail aku akan send melalui email dalam bentuk .mp3 atau aku share link google drive.

Kalau beli melebihi 10 lagu, upah berubah kepada RM8 satu lagu.

Instrumen backing track basically aku letak drum. ada tambahan piano atau bass atau dedua sekali.

Kalau tak mau bass ke, piano ke, drum ke atau backingtrack untuk bassis aje ke, untuk drummer ke aku boleh remove (by request). Untuk drummer aku boleh letak metronome untuk guide atau aku bagi tempo bpm.

Boleh juga kalau nak aku buatkan drum track sahaja untuk home recording project korang.

Untuk proses beli, chek here.


AMARAN. BUKAN UNTUK PEMUZIK PROFASIONAL. SEBAB AKU TAK TERER SANGAT huhu. Tapi kalau nak lagu-lagu susah macam Messugah ke atau lagu yg tempo pelik2 aku ada kawan-kawan otai yang boleh buatkan backingtrack. Boleh roger diorang. Aku kalau tempo standard insyaAllah boleh..

Upah tu sebenarnya untuk harga masa dan skill saya yang tak berapa terer ni.Chill bro.

No comments:

Post a Comment